Wednesday, 9 April 2014

jom kempiskan perut dalam masa 15 hari :)

Assalamualaikum :)

teruja tak dengan dengan tajuk entry dila..hehe..dila baru godek godek dekat youtube untuk cari cara nak kempiskan perut..hee balik keja dah lewat,memang takda masa la nak ke gym atau senamrobik..so cara mudah cari la kat youtube..boleh buat sendiri kat rumah..



klu video macam ni,sambil tengok tv pun boleh buat apa..hehe..sangat mudah dah pantas..dalam 4 minit lebih mcm tu ja..so boleh buat berulang kalau rasa masih mampu :)

kalau nak lagi cepat turun berat badan, boleh cuba set ni ->



banyak pilihan boleh dibuat..sama ada set:

1) ESP + Alfalfa

2) ESP + Lecithin

3) ESP + Herb-Lax

4) ESP + Alfalfa + Lecithin

5) ESP + Herb-Lax + Lecithin

6) ESP + Herb-Lax + Lecithin + Alfalfa

semua pilihan terletak di tangan anda..boleh kongsi cerita dengan dila untuk tau set mana yang lebih sesuai dengan keperluan anda :)

 

Monday, 7 April 2014

Lindungi kulit daripada radikal bebas dengan Vita-E Complex Shaklee :)

Assalamualaikum :)

Setiap hari kulit kita terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran dan habuk..sinaran matahari yang terik juga boleh menyebabkan berlakunya iritasi kepada kulit dan boleh menyebabkan kulit mengalami kesan terbakar atau dipanggil "sunburn"..akibat terlalu terdedah kepada pencemaran, ia akan menyumbang kepada peghasilan radikal bebas..kita boleh lindungi kulit daripada radikal bebas dengan Vita-E Complex Shaklee..nak tau macam mana cara nak lindungi kulit daripada radikal bebas dengan Vita-E Complex Shaklee? dila akan bagitau nanti..tapi bagi dila elaborate dulu ya apa itu radikal bebas..




Radikal bebas adalah atom atau kumpulan atom dengan nombor ganjil (berpasangan) elektron dan boleh terbentuk apabila oksigen berinteraksi dengan molekul tertentu. Sebaik sahaja dibentuk, radikal sangat reaktif boleh memulakan tindak balas rantai, seperti domino..mereka akan bertindak balas dengan komponen sel penting seperti DNA, atau membran sel..sel boleh berfungsi dengan baik atau mati jika ini berlaku. Untuk mengelakkan kerosakan radikal bebas badanperlu mempunyai sistem pertahana iaitu antioksida..


Antioksidan adalah bahan kimia yang berinteraksi dan dapat meneutralkan radikal bebas, sekali gus menghalang mereka daripada menyebabkan kerosakan kepada sel badan kita..antioksidan juga dikenali sebagai "pemburu radikal bebas."

Badan kita boleh menghasilkan antioksidan untuk meneutralkan radikal bebas..antioksidan ini dipanggil antioksidan endogen..walau bagaimanapun, badan juga bergantung kepada sumber luaran, terutamanya daripada pemakanan kita..antioksidan luaran biasanya dipanggil antioksidan pemakanan. Buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin adalah sumber yang kaya dengan antioksidan pemakanan. Beberapa antioksidan pemakanan juga boleh didapati dalam suplemen yang kita ambil..sebagai contoh ialah Vitamin E..


Vitamin E adalah antioksidan yang boleh membantu melindungi sel-sel daripada rosak akibat radikal bebas..ia merupakan nutrien penting wujud secara semula jadi dalam banyak makanan, boleh didapati sebagai diet tambahan, dan kadang-kadang ditambah kepada makanan diproses. Vitamin E adalah larut lemak..vitamin E telah terbukti dapat menembusi lapisan kulit dan mengurangkan pembentukan radikal bebas yang boleh mengganggu penyembuhan luka atau parut pada kulit..vitamin E juga mempengaruhi pengeluaran kolagen yang bertanggungjawab untuk memberi kekuatan dan menganjalkan kulit..vitamin E dapat mengembalikan kelembapan kulit dan secara tidak lansung melambatkan kesan penuaan pada kulit kita..

Vita-E Complex Shaklee turut mengandungi selenium dan ekstrak biji anggur..setiap hari kita perlu mengambil vita-E lebih kurang 200 - 1200 IU vitamin E..1 kapsul Vita-E Complex Shaklee mengandungi 400IU..jadi, anda boleh mengambil 1-2 kapsul sehari..maknyanya 1 botol boleh bertahan 2-4 bulan mengikut tahap keperluan vitamin anda..

jom dapatkan vitamin antioksida ni!! boleh hubungi dila ok :)




Sunday, 6 April 2014

Adakah kalsium penting untuk kesihatan kita?

Assalamualaikum :)

Memandangkan bulan ni bulan Ostematrix, so dila nak cakap banyak pasal Ostematrix dan kalsium..Adakah kalsium penting untuk kita?? memang penting!! nak tau kenapa? mineral yang paling banyak dalam badan kita ialah kalsium..lagipun kebanyakan kalsium ada dalam tulang dan gigi kita..kita mesti nak tulang dan gigi yang sihat kan? mestila..nak bergerak pun kena gerakkan tulang..kalau tulang patah atau retak, sakitnya ya ampun..walaupun dila tak pernah rasa sakit tu, tp dari pengalaman orang sekeliling, dorang memang kata sakit sangat..huhu

Para saintis telah mengkaji bagaimana kalsium memberi kesan kepada kesihatan kita..ada beberapa contoh daripada kajian yang telah dibuat:
 
Kesihatan tulang dan osteoporosis 
Tulang kita memerlukan banyak kalsium dan vitamin D..jisim tulang berkembang pada tahap paling maksimum sehingga umur 28 tahun..selepas itu,tulang akan perlahan-lahan kehilangan kalsium .. kita boleh kurangkan kehilangan kalsium dengan mendapatkan jumlah kalsium yang disyorkan kepada kita dalam sehari..kita juga perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif..

Osteoporosis adalah penyakit tulang di kalangan orang dewasa yang lebih tua (terutamanya wanita) di mana tulang menjadi berliang, rapuh, dan lebih terdedah kepada keretakan..osteoporosis adalah masalah kesihatan yang serius kepada lebih 10 juta orang dewasa yang berumur lebih 50 tahun di Amerika Syarikat..pengambilan kalsium dan vitamin D yang mencukupi serta senaman yang kerap adalah penting untuk memastikan tulang yang sihat sepanjang hayat..


Penyakit Kardiovaskular
Kesan kalsium kepada risiko penyakit kardiovaskular masih tidak jelas. Beberapa kajian menunjukkan bahawa mendapat kalsium yang mencukupi mungkin dapat melindungi kita daripada penyakit jantung dan strok..tetapi kajian lain menunjukkan bahawa sesetengah orang yang mengambil jumlah kalsium yang tinggi atau berlebihan,terutamanya diambil daripada makanan tambahan , mungkin mempunyai peningkatan risiko penyakit jantung..amat penting bagi kita untuk mengambil jumlah kalsium yang bersesuaian dengan umur kita..
 
Tekanan darah tinggi
Beberapa kajian telah mendapati bahawa mengambil kalsium seperti yang disyorkan boleh mengurangkan risiko mendapat tekanan darah tinggi (hipertensi)..satu kajian mendapati bahawa makan makanan "high in fat-free" dan "low fat dairy", sayur-sayuran, dan buah-buahan boleh menurunkan tekanan darah.

Batu karang 
Batu karang kaya dengan kalsium oxalate..beberapa kajian telah mendapati bahawa pengambilan kalsium yang tinggi dari makanan tambahan boleh dikaitkan dengan risiko yang lebih besar kepada penyakit batu karang, terutamanya di kalangan orang dewasa yang lebih tua..tetapi kalsium sendiri tidak akan menyebabkan batu karang..bagi kebanyakan orang, faktor-faktor lain (seperti tidak minum air yang secukupnya ) mungkin mempunyai kesan yang lebih besar pada risiko batu karang daripada pengambilan kalsium.

Berat badan 
Walaupun beberapa kajian telah menunjukkan bahawa kalsium dapat membantu mendapatkan berat badan yang lebih rendah atau mengurangkan berat badan dari masa ke masa..kajian juga mendapati bahawa orang yang minum susu lebih lansing berbanding mereka yang tidak mengambil susu lansung :)

semoga semua dapat ilmu yang bermanfaat :)


Kelebihan Vitamin C :)

Assalamualaikum :)

Hari ni dila nak cerita pasal kelebihan vitamin C..kenapa perlu sangat ambil vitamin C ni? Vitamin C adalah vitamin larut air, yang bermaksud bahawa badan kita tidak menyimpan atau menghasilkannya..Kita perlu dapatkan vitamin C ni dari sumber makanan termasuk buah-buahan sitrus , brokoli, dan tomato.

Kita memerlukan vitamin C untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua bahagian badan kita..Ia membantu badan untuk menghasilkan kolagen iaitu protin penting yang digunakan untuk membaiki kulit , tulang rawan , tendon, ligamen, dan saluran darah. Vitamin C diperlukan untuk penyembuhan luka, dan untuk membaiki dan mengekalkan jisim tulang dan gigi..
Seperti yang kita tau,vitamin C adalah antioksidan, bersama-sama dengan vitamin E, beta -carotene, dan banyak nutrien berasaskan tumbuhan lain. Antioksidan akan menghalang beberapa kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas,bahan-bahan yang merosakkan DNA. Pengumpulan radikal bebas dari masa ke masa boleh menyumbang kepada proses penuaan dan menggalakkan penyakit seperti kanser, penyakit jantung, dan artritis..

Tanda-tanda kekurangan vitamin C termasukla rambut kering dan bercabang, gingivitis (radang gusi ) dan gusi berdarah, kulit kasar, kering dan bersisik, luka lambat sembuh, mudah lebam, hidung berdarah dan mudah mendapat penyakit. Kekurangan vitamin C juga boleh menyebabkan penyakit skurvi..
Kekurangan vitamin C juga boleh menyebabkan penyakit termasuk tekanan darah tinggi, penyakit pundi hempedu , strok, beberapa jenis kanser, dan aterosklerosis, penghasilan plak dalam saluran darah yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.

Risiko penyakit penyakit di atas dapat dikurangkan jika banyak mengambil buah buahan dan sayur sayuran di dalam menu makanan kita seharian..tetapi tiada bukti muktamad yang mengatakan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengelakkan anda dari terkena penyakit penyakit seperti di atas. jadi lebih baik la kita mencegah dari mengubati kan?
Shaklee pun ada sustained-released vita C yang mampu memberi keperluan vitamin C yang ada perlukan..kelebihan SR Vita-C ni ialah ia membekalkan keperluan vitamin C secara berterusan selama 5 jam..maknanya setiap sejam ia akan release vitamin C di dalam badan kita..so takda la rugi  makan vitamin C ni :)


dila boleh bagi cara nak makan vitamin C ni dengan betul..so contact dila ok!


Saturday, 5 April 2014

Singkirkan lemak dengan Set Kurus Shaklee :)

Assalamualaikum :)

dengar pasal lemak, semua terfikir kan GEMUK!!..ada yang dah cuba banyak cara untuk menguruskan badan kan? dila nak bagi tau ada cara nak singkirkan lemak lemak degil tu.. kita boleh singkirkan lemak dengan set kurus dari Shaklee..heee teruja tak nak kurus dengan set kurus dari Shaklee ni??

dalam set kurus Shaklee ni, ada 3 tahap iaitu BAKAR, BUANG dan BINA..

1) BAKAR

Lecithin dan Omega Guard membantu dalam pembakaran lemak dan kolestrol di dalam badan kita.. kedua dua ni dapat memecahkan lemak dalam bentuk yang lebih kecil dan menyenangkan proses pembuangan lemak melalui perkumuhan :)

2) BUANG


Ni pulak Alfalfa dan Herb-Lax dari Shaklee..kedua duanya bertindak sebagai toxic flush..hee kiranya mencuci usus dari lemak tak berguna tu..bagi sesiapa yang sembelit, kedua dua ni bagus sangat..memudahkan proses pembuangan..proses pembuangan jadi senang..lepas consume kedua dua ni, takda la terus sakit perut macam tu..dia ambil masa lebih kurang 8-12 jam untuk bertindak :)

3) BINA


CINCH dan ESP ni sumber protein..seperti yang semua tau, nak bina otot mestila perlukan protein..selain daripada otot, protein baik untuk kulit, kuku dan rambut..so bila protein bina otot, otot akan mepercepatkan kadar metabolisma dalam badan kita..bila kadar metabolisma tinggi, senang la nak turunkan berat badan..CINCH dan ESP jugak boleh dijadikan meal replacement..lepas minum, akan kenyang ja..boleh tahan sampai 3-4 jam tau :)

customer boleh buat pilihan nak yang mana..tapi kalau buntu, dila boleh bagi cadangan ikut kesesuaian untuk customer..so boleh la contact dila untuk tau lebih lanjut :)


Friday, 4 April 2014

Apa itu kalsium?

 Assalamualaikum :)

Apa itu kalsium? rasanya semua tau pasal kalsium ni kan..Kalsium merupakan mineral yang terdapat dalam kebanyakan makanan. Badan kita memerlukan kalsium yang secukupnya untuk mengekalkan struktur tulang yang kuat dan perlu untuk menjalankan fungsi-fungsi penting di dalam badan kita.. Hampir semua kalsium disimpan dalam tulang dan gigi, di mana ia menyokong struktur dan kekerasan tulang dan gigi..kalau tulang tak keras,bukan ka susah kita nak gerak kan :)


Tubuh kita juga memerlukan kalsium buat otot untuk bergerak dan untuk saraf bagi menyambungkan mesej di antara otak kepada setiap bahagian badan. Di samping itu, kalsium digunakan untuk melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan dan untuk membantu melepaskan hormon dan enzim yang memberi kesan kepada hampir setiap fungsi dalam tubuh manusia.

Kira-kira 99 % kalsium dalam badan kita adalah dalam tulang dan gigi. Setiap hari, kita akan kehilangan kalsium melalui  kulit, kuku, rambut, peluh, air kencing dan najis..bila badan kita kehilangan kalsium, badan tak dapat nak hasilkan kalsium dengan sendirinya..Itu sebabnya penting sangat untuk mendapatkan kalsium daripada makanan yang kita makan setiap hari..bila kita tak dapat kalsium yang cukup, ia akan diserap daripada tulang kita.. 
ada banyak contoh makanan yang ada sumber kalsium ni..antaranya:

 gambar ihsan google :)

bagi sesiapa yang tak suka minum susu atau makan sayur, mesti susah kan nak dapatkan keperluan kalsium yang mencukupi..tapi dila ada penyelesaiannya..hee go for OSTEMATRIX..insyaallah dapat bekalkan keperluan kalsium yg diperlukan..
nak tau lagi pasal OSTEMATRIX?? contact dila okey?


Thursday, 3 April 2014

Promosi Ostematrix beli 6 PERCUMA 1 :)

Assalamualaikum :)

nampak tak tajuk entri kali ni? Promosi Ostematrix beli 6 PERCUMA 1.. Awesome April dimulakan dengan Ohsem Ostematrix..teruja tak dengan Promosi Ostematrix beli 6 PERCUMA 1 ni?? bagi siapa yang tak suka minum susu, ni salah satu sumber kalsium yang patut diambil :)






1 botol Ostematrix ni ada 120 caplets..sehari paling kurang kena consume 4 caplets..maksudnya satu botol boleh tahan dalam masa 1 bulan.. dalam 1 caplet mengandungi 250 mg kalsium dan juga turut mengandungi magnesium, zink, copper, vitamin D, manganese dan boron.

orang dewasa memerlukan lebih kurang 800 mg hingga 1200 mg kalsium sehari..manakala bagi ibu mengandung dan menyusukan anak, perlu mengambil kalsium dalam jumlah lebih kurang 1000 mg ke 1500 mg kalsium sehari.. bagi wanita yang berumur 50 tahun ke atas dan lelaki berumur 65 tahun ke atas, anda perlukan lebih kurang 1500 mg kalsium sehari..

nak tau apa kebaikan kalsium?tunggu next entri ya..ada apa apa pertanyaan, bley hubungi dila :)