Showing posts with label vitamin antioksida. Show all posts
Showing posts with label vitamin antioksida. Show all posts

Sunday, 13 April 2014

Penyakit skurvi disebabkan kekurangan vitamin C :)

Assalamualaikum :)

Macam mana weekend semua? ok? hehe harapnya semua ok ya..untuk post kali ni, dila masih nak bercakap pasal vitamin C..rasanya semua orang tau yang masalah utama kekurangan vitamin C ialah SKURVI..seperti yang kita tau, vitamin C ialah vitamin larut air..ia tak disimpan didalam badan kita  seperti vitamin larut lemak iaitu A,D,E dan K..jadi sangat penting bagi kita untuk mendapatkan sumber vitamin C yang mencukupi setiap hari..antara tanda tanda penyakit Skurvi ada gusi berdarah..



Vitamin C adalah antioksidan yang menghalang tindakan radikal bebas..pembinaan radikal bebas dari masa ke masa boleh menyumbang kepada proses penuaan dan mungkin boleh menyebabkan  penyakit seperti kanser.. kita perlukan vitamin C untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu pada semua bahagian tubuh..vitamin C juga diperlukan untuk penyembuhan luka, membaik pulih dan mengekalkan kekuatan tulang dan gigi..

Tanda tanda awal penyakit skurvi

Beberapa gejala tidak spesifik skurvi termasuk:
  • tidak sedap badan
  • keletihan  
  • hilang selera makan  
  • loya 
  • cirit-birit 
  • demam
  • sakit dan otot
  • terdapat bintik bintik merah pada kulit

Tanda tanda penyakit skurvi makin teruk  
  • bengkak, gusi lembut dan keunguan yang terdedah kepada pendarahan  
  • gigi longgar  
  • mata membonjol (proptosis)  
  • pendarahan ke dalam kulit (lebam teruk dan mudah)  
  • kulit bersisik, kering dan kulit keperangan
  • rambut yang sangat kering
  • luka lambat sembuh  
  • pendarahan ke dalam sendi dan otot, yang menyebabkan kawasan bengkak terutamanya di bahagian tulang-tulang tangan dan kaki

Kumpulan berisiko tinggi untuk skurvi

Terdapat pelbagai faktor atau isu-isu gaya hidup yang mungkin boleh meningkatkan risiko penyakit skurvi termasuklah:

  • pemakanan yang tidak sihat - orang yang sering mengabaikan diet mereka seperti penagihan alkohol, penagih dadah haram, orang tua atau pesakit mental
  • crash diet - terutamanya beberapa diet yang tidak termasuk kumpulan makanan (contohnya, versi melampau protein tinggi, rendah karbohidrat diet)  
  • kadar pengantungan yang tinggi - ada orang tua atau kanak-kanak yang tidak diberikan penjagaan yang mencukupi  dan perlu bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan makanan 
  • allergy diet- diet yang sangat terhad dalam usaha untuk menguruskan alahan tertentu  
  • gangguan makan - seperti anoreksia nervosa atau bulimia  
  • merokok - kerana perokok memerlukan lebih banyak vitamin C untuk menghadapi tekanan tambahan pada badan mereka  
  • terlalu cerewet - beberapa pemakan cerewet tidak akan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Rawatan skurvi Skurvi adalah agak mudah untuk merawat, pesakit  hanya perlu meningkatkan pengambilan harian  vitamin C mereka. Seorang doktor boleh mencadangkan kursus jangka pendek bagi makanan tambahan vitamin C (biasanya sekurang-kurangnya 250 mg setiap hari) untuk mempercepatkan melegakan gejala penyakit skurvi. Pendarahan dalam kulit dan gusi perlu berhenti dalam masa 24 jam dengan rawatan yang berkesan. Sakit sendi dan otot mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk disembuhkan.



Sustained-Released Vita-C Shaklee

 
  • 1 tablet mengandungi 500 mg asid askorbic (vitamin C)
  • 1 botol mengandungi 180 tablets
  • 1 tablet = 1 hari
  • tahan selama 6 bulan
  • 1 tablet dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat selama 5 jam!
  • 1 tablet bersamaan 7.5 BIJI OREN
  • 1 botol berharga RM92.50
  • 1 tablet berharga RM0.50
  •  
berminat dengan SR Vita-C Shaklee?? boleh Pm dila ya :)









Monday, 7 April 2014

Lindungi kulit daripada radikal bebas dengan Vita-E Complex Shaklee :)

Assalamualaikum :)

Setiap hari kulit kita terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran dan habuk..sinaran matahari yang terik juga boleh menyebabkan berlakunya iritasi kepada kulit dan boleh menyebabkan kulit mengalami kesan terbakar atau dipanggil "sunburn"..akibat terlalu terdedah kepada pencemaran, ia akan menyumbang kepada peghasilan radikal bebas..kita boleh lindungi kulit daripada radikal bebas dengan Vita-E Complex Shaklee..nak tau macam mana cara nak lindungi kulit daripada radikal bebas dengan Vita-E Complex Shaklee? dila akan bagitau nanti..tapi bagi dila elaborate dulu ya apa itu radikal bebas..




Radikal bebas adalah atom atau kumpulan atom dengan nombor ganjil (berpasangan) elektron dan boleh terbentuk apabila oksigen berinteraksi dengan molekul tertentu. Sebaik sahaja dibentuk, radikal sangat reaktif boleh memulakan tindak balas rantai, seperti domino..mereka akan bertindak balas dengan komponen sel penting seperti DNA, atau membran sel..sel boleh berfungsi dengan baik atau mati jika ini berlaku. Untuk mengelakkan kerosakan radikal bebas badanperlu mempunyai sistem pertahana iaitu antioksida..


Antioksidan adalah bahan kimia yang berinteraksi dan dapat meneutralkan radikal bebas, sekali gus menghalang mereka daripada menyebabkan kerosakan kepada sel badan kita..antioksidan juga dikenali sebagai "pemburu radikal bebas."

Badan kita boleh menghasilkan antioksidan untuk meneutralkan radikal bebas..antioksidan ini dipanggil antioksidan endogen..walau bagaimanapun, badan juga bergantung kepada sumber luaran, terutamanya daripada pemakanan kita..antioksidan luaran biasanya dipanggil antioksidan pemakanan. Buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin adalah sumber yang kaya dengan antioksidan pemakanan. Beberapa antioksidan pemakanan juga boleh didapati dalam suplemen yang kita ambil..sebagai contoh ialah Vitamin E..


Vitamin E adalah antioksidan yang boleh membantu melindungi sel-sel daripada rosak akibat radikal bebas..ia merupakan nutrien penting wujud secara semula jadi dalam banyak makanan, boleh didapati sebagai diet tambahan, dan kadang-kadang ditambah kepada makanan diproses. Vitamin E adalah larut lemak..vitamin E telah terbukti dapat menembusi lapisan kulit dan mengurangkan pembentukan radikal bebas yang boleh mengganggu penyembuhan luka atau parut pada kulit..vitamin E juga mempengaruhi pengeluaran kolagen yang bertanggungjawab untuk memberi kekuatan dan menganjalkan kulit..vitamin E dapat mengembalikan kelembapan kulit dan secara tidak lansung melambatkan kesan penuaan pada kulit kita..

Vita-E Complex Shaklee turut mengandungi selenium dan ekstrak biji anggur..setiap hari kita perlu mengambil vita-E lebih kurang 200 - 1200 IU vitamin E..1 kapsul Vita-E Complex Shaklee mengandungi 400IU..jadi, anda boleh mengambil 1-2 kapsul sehari..maknyanya 1 botol boleh bertahan 2-4 bulan mengikut tahap keperluan vitamin anda..

jom dapatkan vitamin antioksida ni!! boleh hubungi dila ok :)