Saturday 26 April 2014

Manfaat B-Complex Shaklee :)

Assalamualaikum :)

Rasanya semua pernah dengar pasal vitamin B kan? kali ni, dila nak cerita pasal B-Complex Shaklee..ini adalah salah satu supplement yang diambil setiap hari..nk tau kenapa? vitamin B ialah vitamin larut air, sama macam vitamin C..bila vitamin larut air, ia akan keluar sekali dengan air kencing kita..badan kita tak dapat simpan vitamin B,jadi sangat penting bagi kita untuk membekalkan vitamin B kepada badan kita :)

 Manfaat utama B-Complex ialah:

# membantu sistem penghadaman dengan menukarkan lemak, kabohidrat dan protin kepada tenaga

# mengurangkan masalah keletihan atau kelesuan

# memastikan kesihatan fungsi saraf sekaligus meredakan sakit kepala, tekana, kemurungan dan  
   insomnia

# menggalakkan tumbesaran yang sihat bagi bayi dan kanak kanak

# membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan
   rambut

# membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan membantu mencegah anemia

# baik untuk meredakan senggugut







1 botol mengandungi 120 tablet
1 botol berharga RM53.75
1 biji sehari
1 biji = RM0.45
1 botol = 4 bulan


berminat dengan B-Complex Shaklee? hubungi dila segera!


Combo Ostematrix yang sesuai untuk keperluan anda :)

Assalamualaikum :)

tinggal lagi 4 hari sebelum tamat promosi Ostematrix beli 6 PERCUMA 1..rugi betul kalau tak beli waktu ni, bulan depan tak tau lagi apa promosi yang Shaklee akan buat..jadi, untuk bulan Ostematrix ni, dila nak bagitau set apa yang boleh dipadankan dengan Ostematrix..setiap combo Ostematrix berbeza ikut keperluan masing masing ya..



SET SENDI
  • Ostematrix membantu memperbaiki kebas kebas, kekejangan, sakit sendi dan atritis
  • Advance joint health complex mempunyai ekstrak Boswellia yang mana boleh menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan pada sendi

SET BERPANTANG, MENYUSU DAN HAMIL BAJET
  • Ostematrix diperlukan bagi wanita yang mengandung dan menyusukan anak bagi menggantikan kalsium yang hilang
  • Vita-Lea merupakan multivitamin yang membekalkan vitamin A, B, C, D dan E dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh badan 
  • Alfalfa Complex pula bersifat alkali di mana ia mengembalikan kenormalan badan berasid, menghilangkan toksin dari badan dan mencantikkan kulit dan otot. Alfalfa juga dikenali sebagai "milk booster"
  • ESP membekalkan tenaga serta dapat mempercepatkan sembuhan luka serta membekalkan keperluan protin yang secukupnya

SET WANITA
  • Ostematrix dapat memperbaiki masalah haid bagi wanita serta mengurangkan senggugut ketika datang haid
  • GLA Complex dapat melambatkan proses menopaus, memperbaiki inflamasi kulitdan dapat memperbaiki tekstur rambut kering dan gugur
  • Vita-Lea merupakan pelengkap nutrisi iaitu elemen penting  pada sel tubuh

SET MIGRAIN
  • Ostematrix pula dapat meransang peredaran darah dalam badan dan mengurangkan depresi
  • B-complex dapat mengurangkan sakit kepala serta tekanan dan kemurungan     

adasalah satu set ni yang menarik perhatian anda? boleh hubungi dila untuk dapatkan set Ostematrix ni :)


Saturday 19 April 2014

Resepi masker terbaik daripada vitamin Shaklee :)

Assalamualaikum :)

masker daripada vitamin Shaklee?? hee jangan ingat vitamin Shaklee boleh makan ja, dia boleh guna luar dalam tau..jimat belanja dan masa..tak payah keluar salon nak buat facial semua..dekat rumah pun boleh buat sendiri..so kali ni dila nak bagitau 1 resepi masker terbaik daripada vitamin shaklee :)



Insyaallah muka akan lebih segar dan gebu..hehe..dila ada lagi 14 resepi masker terbaik daripada vitamin Shaklee..dengan setiap pembelian Vivix, Collagen, Alfalfa, SR Vita-C , ESP dan Vita-E Complex, dila akan bagi e-book 15 resepi masker dengan percuma..E-book ni eksklusif daripada group RTS Shaklee dila..so dila pun akan bagi eksklusif jugak untuk customer dila..

selamat mencuba ya resepi masker di atas..semoga semua dapat manfaat yang sewajarnya :)
Pm dila untuk keterangan lanjut!



Atasi Osteoporosis dengan Ostematrix Shaklee :)

Assalamualaikum :)

Tau kan bulan April ialah bulan Ostematrix Shaklee..so dila banyak nak cerita pasal komponen Ostematrix yang paling penting iaitu kalsium..salah satu penyakit yang boleh berlaku disebabkan kekurangan kalsium ialah Osteoporosis..Osteoporosis merupakan "silent killer"..nak tau kenapa? kita takkan tau kita ada osteoporosis melainkan bila tulang kita patah atau retak..jadi, untuk post kali ni dila nak cerita sikit pasal osteoporosis dan cara nak atasi osteoporosis dengan Ostematrix Shaklee :)


Ia mungkin tidak adil, tetapi ia benar: Jika anda seorang wanita, anda secara automatik mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatkan osteoporosis berbanding lelaki..Yayasan Osteoporosis Antarabangsa menganggarkan bahawa osteoporosis memberi kesan kepada kira-kira 200 juta wanita di seluruh dunia.

Mengapa jurang jantina? Wanita bermula dengan kepadatan tulang yang lebih rendah daripada lelaki  dan mereka kehilangan jisim tulang dengan lebih cepat kerana mereka semakin tua, yang membawa kepada osteoporosis pada sesetengah wanita..Antara umur 20 dan 80, wanita  kehilangan satu pertiga daripada ketumpatan tulang pinggul dia, berbanding hanya satu perempat pada lelaki.

Osteoporosis mungkin mempunyai bermula dalam zaman kanak-kanak dan remaja, yang merupakan tempoh apabila badan kita tidak pembinaan tulang paling..Wanita mencapai jisim tulang puncak mereka pada kira-kira usia 18 manakala lelaki mencapai mereka pada 20. Selepas itu, kedua-dua wanita dan lelaki terus membina sejumlah kecil jisim tulang, tetapi lelaki menambah lebih banyak berbanding wanita..Bila berusia 30 tahun, tulang kita dipenuhi sepenuhnya, dan walaupun badan kita akan terus menggantikan sel-sel tulang lama, akan ada tiada peningkatan dalam jisim tulang yang lalu ketika itu.

Gen kita menentukan potensi ketinggian dan kekuatan rangka kita tetapi cara kita menjalani kehidupan kita juga boleh memainkan peranan..Semasa zaman kanak-kanak, remaja dan awal dewasa, apabila tulang berkembang, ia adalah amat penting untuk memaksimumkan kekuatan tulang. .Kita boleh membuat banyak senaman yang makan makanan yang kaya dengan kalsium  dengan diet yang seimbang. 

dalam poster ni ada 8 cara yang boleh kita gunakan untuk mengurangkan penyakit Osteoporosis :)


dan Satu lagi cara nak atasi Osteoporosis ialah dengan Ostematrix Shakleee!!


1 caplet mengandungi 250 mg kalsium yang sesuai dengan keperluan kalsium anda :)

nak order Ostematrix? boleh Pm dila ya!

 

Monday 14 April 2014

Kelebihan Lecithin Shaklee :)

Assalamualaikum :)

Jom bakar lemak dengan Lecithin Shaklee!! hee siapa tak mau bakar lemak kan..lemak berlebihan dah tentu akan menganggu penampilan kita..tambah pulak keyakinan sure merudum punya..tambah tambah nampak yang slim slim kat depan mata..hehe..so dila nak kongsi pasal kelebihan lecithin Shaklee yang paling top dengan fungsi membakar lemak..



Lecithin Shaklee diekstrak daripada kacang soya bukan GMO (genetically modified organism)..setiap kapsul mengandungi 520 mg kandungan lecithin soya..ini juga termasuk 80 mg kolin dan 48 mg inositol..

antara manfaat utama Lecithin Shaklee ialah:
  • menyerap vitamin larut lemak
  • melindungi hati dengan menghalang enapan lemak, sirosis hati dan boleh memulihkan kesihatan hati
  • bertindak sebagai pembersih salur darah dan dapat membantu mengemulsi dan metabolisma lemak dan kolestrol
  • dapat menghalang obesiti
  • dapat membantu membentuk membran sel, melembapkan dan menghaluskan kulit
  • memperbaiki alergi
  • mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress
  • mengurangkan simptom tekanan darah tinggi
  • mengurangkan sembelit

1 botol Lecithin mengandungi 180 kapsul yang berharga RM52.50..dalam sehari, customer boleh consume sebanyak 3-6 biji..boleh tahan 1-2 bulan mengikut kesesuaian dengan customer :)

berminat untuk menggunakan Lecithin Shaklee dalam diet harian anda, boleh hubungi dila di:


Sunday 13 April 2014

Penyakit skurvi disebabkan kekurangan vitamin C :)

Assalamualaikum :)

Macam mana weekend semua? ok? hehe harapnya semua ok ya..untuk post kali ni, dila masih nak bercakap pasal vitamin C..rasanya semua orang tau yang masalah utama kekurangan vitamin C ialah SKURVI..seperti yang kita tau, vitamin C ialah vitamin larut air..ia tak disimpan didalam badan kita  seperti vitamin larut lemak iaitu A,D,E dan K..jadi sangat penting bagi kita untuk mendapatkan sumber vitamin C yang mencukupi setiap hari..antara tanda tanda penyakit Skurvi ada gusi berdarah..



Vitamin C adalah antioksidan yang menghalang tindakan radikal bebas..pembinaan radikal bebas dari masa ke masa boleh menyumbang kepada proses penuaan dan mungkin boleh menyebabkan  penyakit seperti kanser.. kita perlukan vitamin C untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu pada semua bahagian tubuh..vitamin C juga diperlukan untuk penyembuhan luka, membaik pulih dan mengekalkan kekuatan tulang dan gigi..

Tanda tanda awal penyakit skurvi

Beberapa gejala tidak spesifik skurvi termasuk:
  • tidak sedap badan
  • keletihan  
  • hilang selera makan  
  • loya 
  • cirit-birit 
  • demam
  • sakit dan otot
  • terdapat bintik bintik merah pada kulit

Tanda tanda penyakit skurvi makin teruk  
  • bengkak, gusi lembut dan keunguan yang terdedah kepada pendarahan  
  • gigi longgar  
  • mata membonjol (proptosis)  
  • pendarahan ke dalam kulit (lebam teruk dan mudah)  
  • kulit bersisik, kering dan kulit keperangan
  • rambut yang sangat kering
  • luka lambat sembuh  
  • pendarahan ke dalam sendi dan otot, yang menyebabkan kawasan bengkak terutamanya di bahagian tulang-tulang tangan dan kaki

Kumpulan berisiko tinggi untuk skurvi

Terdapat pelbagai faktor atau isu-isu gaya hidup yang mungkin boleh meningkatkan risiko penyakit skurvi termasuklah:

  • pemakanan yang tidak sihat - orang yang sering mengabaikan diet mereka seperti penagihan alkohol, penagih dadah haram, orang tua atau pesakit mental
  • crash diet - terutamanya beberapa diet yang tidak termasuk kumpulan makanan (contohnya, versi melampau protein tinggi, rendah karbohidrat diet)  
  • kadar pengantungan yang tinggi - ada orang tua atau kanak-kanak yang tidak diberikan penjagaan yang mencukupi  dan perlu bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan makanan 
  • allergy diet- diet yang sangat terhad dalam usaha untuk menguruskan alahan tertentu  
  • gangguan makan - seperti anoreksia nervosa atau bulimia  
  • merokok - kerana perokok memerlukan lebih banyak vitamin C untuk menghadapi tekanan tambahan pada badan mereka  
  • terlalu cerewet - beberapa pemakan cerewet tidak akan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Rawatan skurvi Skurvi adalah agak mudah untuk merawat, pesakit  hanya perlu meningkatkan pengambilan harian  vitamin C mereka. Seorang doktor boleh mencadangkan kursus jangka pendek bagi makanan tambahan vitamin C (biasanya sekurang-kurangnya 250 mg setiap hari) untuk mempercepatkan melegakan gejala penyakit skurvi. Pendarahan dalam kulit dan gusi perlu berhenti dalam masa 24 jam dengan rawatan yang berkesan. Sakit sendi dan otot mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk disembuhkan.



Sustained-Released Vita-C Shaklee

 
  • 1 tablet mengandungi 500 mg asid askorbic (vitamin C)
  • 1 botol mengandungi 180 tablets
  • 1 tablet = 1 hari
  • tahan selama 6 bulan
  • 1 tablet dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat selama 5 jam!
  • 1 tablet bersamaan 7.5 BIJI OREN
  • 1 botol berharga RM92.50
  • 1 tablet berharga RM0.50
  •  
berminat dengan SR Vita-C Shaklee?? boleh Pm dila ya :)









Wednesday 9 April 2014

Kenali Ostematrix Shaklee :)

Assalamualaikum :)

rasanya semua dah tau yang bulan April ni ialah bulan Ostematrix..hehe..dila pun baru berjinak jinak dengan ostematrix sebab dila suka susu yang banyak kalsium..sama juga dengan Ostematrix ni..cuma dalam bentuk caplets..hehe..hari ni dila nak share dengan semua pasal kandungan Ostematrix ni..Jom kenali Ostematrix Shaklee!!


Ostematrix ni mengandungi calcium lah terutamanya..kemudian ada vitamin D, magnesium, zink, kuprum dan manganese..so nak tau tak apa kelebihan setiap satu kandungan dalam Ostematrix ni?

Vitamin D
  •  membantu kalsium dan fosforus untuk mengekalkan kekuatan tulang dan gigi
  • menggalakkan sistem imun
  • boleh membantu merawat diabetis mellitus
  • boleh membantu mengurangkan risiko penyakit Alzheimer
  • membantu dalam merawat conjunctivitis
  • boleh diambil bersama vitamin A dan C untuk mengelakkan terkena selsema
  • disyorkan mengambil 200-400 IU bagi orang dewasa
  • pengambilan melebihi 20000 IU bagi orang dewasa boleh menyebabkan kesan toksik
  •  dos melebihi 1800 IU bg kanak kanak boleh menyebabkan "hypervitaminosis D".
Magnesium
  •  diperlukan untuk metabolism kalsium dan vitmin C, termasuk fosforus, natrium dan potassium
  • penting untuk menukarkan gula dalam darah kepada tenaga
  • dikenali sebagai mineral anti-stress
  • membantu membakar lemak dan menghasilkan tenaga
  • membantu menentang dipresi
  • membantu mengekalkan gigi yang sehat
  • mengurangkan simptom PMS
  • orang dewasa memerlukan lebih kurang 250-500 mg magnesium sehari
  • untuk wanita mengandung dan menyusukan anak, perlu lebih kurang 350-460 mg magnesium sehari
Zink
  • diperlukan untuk sintesis protein dan pembentukan kolagen
  • membantu dalam penghasilan insulin
  • membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka luar dalam
  • menggalakkan pertumbuhan dan kecerdasan mental
  • membantu menghalang masalah prostat
  • orang dewasa memerlukan 8-11 mg zink sehari

Kuprum
  • menyimpan tenaga anda dengan membantu dalam penyerapan zat besi yang berkesan
  • diperlukan untuk menukarkan zat besi dalam badan kepada hemoglobin
  • penting untuk proses utilization vitamin C
  • kekurangan kuprum boleh menyebabkan insomnia, keguguran rambut, tekanan perasaan dan haid yang tidak teratur
  •  orang dewasa perlukan 1.5-3 mg sehari
Manganese
  • diperlukan dalam pembentukan tulang
  •  penting untuk pembiakan dan fungsi sistem saraf pusat normal
  • mengurangkan keletihan
  • membantu menghalang osteoporosis
  • meningkatkan sistem memori
  • dos yang dicadangkan untuk orang dewasa ialah 2-5 mg sehari 

harapnya ilmu yang dila kongsi ni bermanfaat :)


 

jom kempiskan perut dalam masa 15 hari :)

Assalamualaikum :)

teruja tak dengan dengan tajuk entry dila..hehe..dila baru godek godek dekat youtube untuk cari cara nak kempiskan perut..hee balik keja dah lewat,memang takda masa la nak ke gym atau senamrobik..so cara mudah cari la kat youtube..boleh buat sendiri kat rumah..



klu video macam ni,sambil tengok tv pun boleh buat apa..hehe..sangat mudah dah pantas..dalam 4 minit lebih mcm tu ja..so boleh buat berulang kalau rasa masih mampu :)

kalau nak lagi cepat turun berat badan, boleh cuba set ni ->



banyak pilihan boleh dibuat..sama ada set:

1) ESP + Alfalfa

2) ESP + Lecithin

3) ESP + Herb-Lax

4) ESP + Alfalfa + Lecithin

5) ESP + Herb-Lax + Lecithin

6) ESP + Herb-Lax + Lecithin + Alfalfa

semua pilihan terletak di tangan anda..boleh kongsi cerita dengan dila untuk tau set mana yang lebih sesuai dengan keperluan anda :)

 

Monday 7 April 2014

Lindungi kulit daripada radikal bebas dengan Vita-E Complex Shaklee :)

Assalamualaikum :)

Setiap hari kulit kita terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran dan habuk..sinaran matahari yang terik juga boleh menyebabkan berlakunya iritasi kepada kulit dan boleh menyebabkan kulit mengalami kesan terbakar atau dipanggil "sunburn"..akibat terlalu terdedah kepada pencemaran, ia akan menyumbang kepada peghasilan radikal bebas..kita boleh lindungi kulit daripada radikal bebas dengan Vita-E Complex Shaklee..nak tau macam mana cara nak lindungi kulit daripada radikal bebas dengan Vita-E Complex Shaklee? dila akan bagitau nanti..tapi bagi dila elaborate dulu ya apa itu radikal bebas..




Radikal bebas adalah atom atau kumpulan atom dengan nombor ganjil (berpasangan) elektron dan boleh terbentuk apabila oksigen berinteraksi dengan molekul tertentu. Sebaik sahaja dibentuk, radikal sangat reaktif boleh memulakan tindak balas rantai, seperti domino..mereka akan bertindak balas dengan komponen sel penting seperti DNA, atau membran sel..sel boleh berfungsi dengan baik atau mati jika ini berlaku. Untuk mengelakkan kerosakan radikal bebas badanperlu mempunyai sistem pertahana iaitu antioksida..


Antioksidan adalah bahan kimia yang berinteraksi dan dapat meneutralkan radikal bebas, sekali gus menghalang mereka daripada menyebabkan kerosakan kepada sel badan kita..antioksidan juga dikenali sebagai "pemburu radikal bebas."

Badan kita boleh menghasilkan antioksidan untuk meneutralkan radikal bebas..antioksidan ini dipanggil antioksidan endogen..walau bagaimanapun, badan juga bergantung kepada sumber luaran, terutamanya daripada pemakanan kita..antioksidan luaran biasanya dipanggil antioksidan pemakanan. Buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin adalah sumber yang kaya dengan antioksidan pemakanan. Beberapa antioksidan pemakanan juga boleh didapati dalam suplemen yang kita ambil..sebagai contoh ialah Vitamin E..


Vitamin E adalah antioksidan yang boleh membantu melindungi sel-sel daripada rosak akibat radikal bebas..ia merupakan nutrien penting wujud secara semula jadi dalam banyak makanan, boleh didapati sebagai diet tambahan, dan kadang-kadang ditambah kepada makanan diproses. Vitamin E adalah larut lemak..vitamin E telah terbukti dapat menembusi lapisan kulit dan mengurangkan pembentukan radikal bebas yang boleh mengganggu penyembuhan luka atau parut pada kulit..vitamin E juga mempengaruhi pengeluaran kolagen yang bertanggungjawab untuk memberi kekuatan dan menganjalkan kulit..vitamin E dapat mengembalikan kelembapan kulit dan secara tidak lansung melambatkan kesan penuaan pada kulit kita..

Vita-E Complex Shaklee turut mengandungi selenium dan ekstrak biji anggur..setiap hari kita perlu mengambil vita-E lebih kurang 200 - 1200 IU vitamin E..1 kapsul Vita-E Complex Shaklee mengandungi 400IU..jadi, anda boleh mengambil 1-2 kapsul sehari..maknyanya 1 botol boleh bertahan 2-4 bulan mengikut tahap keperluan vitamin anda..

jom dapatkan vitamin antioksida ni!! boleh hubungi dila ok :)




Sunday 6 April 2014

Adakah kalsium penting untuk kesihatan kita?

Assalamualaikum :)

Memandangkan bulan ni bulan Ostematrix, so dila nak cakap banyak pasal Ostematrix dan kalsium..Adakah kalsium penting untuk kita?? memang penting!! nak tau kenapa? mineral yang paling banyak dalam badan kita ialah kalsium..lagipun kebanyakan kalsium ada dalam tulang dan gigi kita..kita mesti nak tulang dan gigi yang sihat kan? mestila..nak bergerak pun kena gerakkan tulang..kalau tulang patah atau retak, sakitnya ya ampun..walaupun dila tak pernah rasa sakit tu, tp dari pengalaman orang sekeliling, dorang memang kata sakit sangat..huhu

Para saintis telah mengkaji bagaimana kalsium memberi kesan kepada kesihatan kita..ada beberapa contoh daripada kajian yang telah dibuat:
 
Kesihatan tulang dan osteoporosis 
Tulang kita memerlukan banyak kalsium dan vitamin D..jisim tulang berkembang pada tahap paling maksimum sehingga umur 28 tahun..selepas itu,tulang akan perlahan-lahan kehilangan kalsium .. kita boleh kurangkan kehilangan kalsium dengan mendapatkan jumlah kalsium yang disyorkan kepada kita dalam sehari..kita juga perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif..

Osteoporosis adalah penyakit tulang di kalangan orang dewasa yang lebih tua (terutamanya wanita) di mana tulang menjadi berliang, rapuh, dan lebih terdedah kepada keretakan..osteoporosis adalah masalah kesihatan yang serius kepada lebih 10 juta orang dewasa yang berumur lebih 50 tahun di Amerika Syarikat..pengambilan kalsium dan vitamin D yang mencukupi serta senaman yang kerap adalah penting untuk memastikan tulang yang sihat sepanjang hayat..


Penyakit Kardiovaskular
Kesan kalsium kepada risiko penyakit kardiovaskular masih tidak jelas. Beberapa kajian menunjukkan bahawa mendapat kalsium yang mencukupi mungkin dapat melindungi kita daripada penyakit jantung dan strok..tetapi kajian lain menunjukkan bahawa sesetengah orang yang mengambil jumlah kalsium yang tinggi atau berlebihan,terutamanya diambil daripada makanan tambahan , mungkin mempunyai peningkatan risiko penyakit jantung..amat penting bagi kita untuk mengambil jumlah kalsium yang bersesuaian dengan umur kita..
 
Tekanan darah tinggi
Beberapa kajian telah mendapati bahawa mengambil kalsium seperti yang disyorkan boleh mengurangkan risiko mendapat tekanan darah tinggi (hipertensi)..satu kajian mendapati bahawa makan makanan "high in fat-free" dan "low fat dairy", sayur-sayuran, dan buah-buahan boleh menurunkan tekanan darah.

Batu karang 
Batu karang kaya dengan kalsium oxalate..beberapa kajian telah mendapati bahawa pengambilan kalsium yang tinggi dari makanan tambahan boleh dikaitkan dengan risiko yang lebih besar kepada penyakit batu karang, terutamanya di kalangan orang dewasa yang lebih tua..tetapi kalsium sendiri tidak akan menyebabkan batu karang..bagi kebanyakan orang, faktor-faktor lain (seperti tidak minum air yang secukupnya ) mungkin mempunyai kesan yang lebih besar pada risiko batu karang daripada pengambilan kalsium.

Berat badan 
Walaupun beberapa kajian telah menunjukkan bahawa kalsium dapat membantu mendapatkan berat badan yang lebih rendah atau mengurangkan berat badan dari masa ke masa..kajian juga mendapati bahawa orang yang minum susu lebih lansing berbanding mereka yang tidak mengambil susu lansung :)

semoga semua dapat ilmu yang bermanfaat :)


Kelebihan Vitamin C :)

Assalamualaikum :)

Hari ni dila nak cerita pasal kelebihan vitamin C..kenapa perlu sangat ambil vitamin C ni? Vitamin C adalah vitamin larut air, yang bermaksud bahawa badan kita tidak menyimpan atau menghasilkannya..Kita perlu dapatkan vitamin C ni dari sumber makanan termasuk buah-buahan sitrus , brokoli, dan tomato.

Kita memerlukan vitamin C untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua bahagian badan kita..Ia membantu badan untuk menghasilkan kolagen iaitu protin penting yang digunakan untuk membaiki kulit , tulang rawan , tendon, ligamen, dan saluran darah. Vitamin C diperlukan untuk penyembuhan luka, dan untuk membaiki dan mengekalkan jisim tulang dan gigi..
Seperti yang kita tau,vitamin C adalah antioksidan, bersama-sama dengan vitamin E, beta -carotene, dan banyak nutrien berasaskan tumbuhan lain. Antioksidan akan menghalang beberapa kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas,bahan-bahan yang merosakkan DNA. Pengumpulan radikal bebas dari masa ke masa boleh menyumbang kepada proses penuaan dan menggalakkan penyakit seperti kanser, penyakit jantung, dan artritis..

Tanda-tanda kekurangan vitamin C termasukla rambut kering dan bercabang, gingivitis (radang gusi ) dan gusi berdarah, kulit kasar, kering dan bersisik, luka lambat sembuh, mudah lebam, hidung berdarah dan mudah mendapat penyakit. Kekurangan vitamin C juga boleh menyebabkan penyakit skurvi..
Kekurangan vitamin C juga boleh menyebabkan penyakit termasuk tekanan darah tinggi, penyakit pundi hempedu , strok, beberapa jenis kanser, dan aterosklerosis, penghasilan plak dalam saluran darah yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.

Risiko penyakit penyakit di atas dapat dikurangkan jika banyak mengambil buah buahan dan sayur sayuran di dalam menu makanan kita seharian..tetapi tiada bukti muktamad yang mengatakan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengelakkan anda dari terkena penyakit penyakit seperti di atas. jadi lebih baik la kita mencegah dari mengubati kan?
Shaklee pun ada sustained-released vita C yang mampu memberi keperluan vitamin C yang ada perlukan..kelebihan SR Vita-C ni ialah ia membekalkan keperluan vitamin C secara berterusan selama 5 jam..maknanya setiap sejam ia akan release vitamin C di dalam badan kita..so takda la rugi  makan vitamin C ni :)


dila boleh bagi cara nak makan vitamin C ni dengan betul..so contact dila ok!


Saturday 5 April 2014

Singkirkan lemak dengan Set Kurus Shaklee :)

Assalamualaikum :)

dengar pasal lemak, semua terfikir kan GEMUK!!..ada yang dah cuba banyak cara untuk menguruskan badan kan? dila nak bagi tau ada cara nak singkirkan lemak lemak degil tu.. kita boleh singkirkan lemak dengan set kurus dari Shaklee..heee teruja tak nak kurus dengan set kurus dari Shaklee ni??

dalam set kurus Shaklee ni, ada 3 tahap iaitu BAKAR, BUANG dan BINA..

1) BAKAR

Lecithin dan Omega Guard membantu dalam pembakaran lemak dan kolestrol di dalam badan kita.. kedua dua ni dapat memecahkan lemak dalam bentuk yang lebih kecil dan menyenangkan proses pembuangan lemak melalui perkumuhan :)

2) BUANG


Ni pulak Alfalfa dan Herb-Lax dari Shaklee..kedua duanya bertindak sebagai toxic flush..hee kiranya mencuci usus dari lemak tak berguna tu..bagi sesiapa yang sembelit, kedua dua ni bagus sangat..memudahkan proses pembuangan..proses pembuangan jadi senang..lepas consume kedua dua ni, takda la terus sakit perut macam tu..dia ambil masa lebih kurang 8-12 jam untuk bertindak :)

3) BINA


CINCH dan ESP ni sumber protein..seperti yang semua tau, nak bina otot mestila perlukan protein..selain daripada otot, protein baik untuk kulit, kuku dan rambut..so bila protein bina otot, otot akan mepercepatkan kadar metabolisma dalam badan kita..bila kadar metabolisma tinggi, senang la nak turunkan berat badan..CINCH dan ESP jugak boleh dijadikan meal replacement..lepas minum, akan kenyang ja..boleh tahan sampai 3-4 jam tau :)

customer boleh buat pilihan nak yang mana..tapi kalau buntu, dila boleh bagi cadangan ikut kesesuaian untuk customer..so boleh la contact dila untuk tau lebih lanjut :)


Friday 4 April 2014

Apa itu kalsium?

 Assalamualaikum :)

Apa itu kalsium? rasanya semua tau pasal kalsium ni kan..Kalsium merupakan mineral yang terdapat dalam kebanyakan makanan. Badan kita memerlukan kalsium yang secukupnya untuk mengekalkan struktur tulang yang kuat dan perlu untuk menjalankan fungsi-fungsi penting di dalam badan kita.. Hampir semua kalsium disimpan dalam tulang dan gigi, di mana ia menyokong struktur dan kekerasan tulang dan gigi..kalau tulang tak keras,bukan ka susah kita nak gerak kan :)


Tubuh kita juga memerlukan kalsium buat otot untuk bergerak dan untuk saraf bagi menyambungkan mesej di antara otak kepada setiap bahagian badan. Di samping itu, kalsium digunakan untuk melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan dan untuk membantu melepaskan hormon dan enzim yang memberi kesan kepada hampir setiap fungsi dalam tubuh manusia.

Kira-kira 99 % kalsium dalam badan kita adalah dalam tulang dan gigi. Setiap hari, kita akan kehilangan kalsium melalui  kulit, kuku, rambut, peluh, air kencing dan najis..bila badan kita kehilangan kalsium, badan tak dapat nak hasilkan kalsium dengan sendirinya..Itu sebabnya penting sangat untuk mendapatkan kalsium daripada makanan yang kita makan setiap hari..bila kita tak dapat kalsium yang cukup, ia akan diserap daripada tulang kita.. 
ada banyak contoh makanan yang ada sumber kalsium ni..antaranya:

 gambar ihsan google :)

bagi sesiapa yang tak suka minum susu atau makan sayur, mesti susah kan nak dapatkan keperluan kalsium yang mencukupi..tapi dila ada penyelesaiannya..hee go for OSTEMATRIX..insyaallah dapat bekalkan keperluan kalsium yg diperlukan..
nak tau lagi pasal OSTEMATRIX?? contact dila okey?


Thursday 3 April 2014

Promosi Ostematrix beli 6 PERCUMA 1 :)

Assalamualaikum :)

nampak tak tajuk entri kali ni? Promosi Ostematrix beli 6 PERCUMA 1.. Awesome April dimulakan dengan Ohsem Ostematrix..teruja tak dengan Promosi Ostematrix beli 6 PERCUMA 1 ni?? bagi siapa yang tak suka minum susu, ni salah satu sumber kalsium yang patut diambil :)






1 botol Ostematrix ni ada 120 caplets..sehari paling kurang kena consume 4 caplets..maksudnya satu botol boleh tahan dalam masa 1 bulan.. dalam 1 caplet mengandungi 250 mg kalsium dan juga turut mengandungi magnesium, zink, copper, vitamin D, manganese dan boron.

orang dewasa memerlukan lebih kurang 800 mg hingga 1200 mg kalsium sehari..manakala bagi ibu mengandung dan menyusukan anak, perlu mengambil kalsium dalam jumlah lebih kurang 1000 mg ke 1500 mg kalsium sehari.. bagi wanita yang berumur 50 tahun ke atas dan lelaki berumur 65 tahun ke atas, anda perlukan lebih kurang 1500 mg kalsium sehari..

nak tau apa kebaikan kalsium?tunggu next entri ya..ada apa apa pertanyaan, bley hubungi dila :)