Tuesday 25 February 2014

ESP: Sumber Protein :)

assalamualaikum :)

seperti yang semua tahu, protein amat penting untuk sistem badan kita..protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia..jadi untuk pertumbuhan yang sihat,kita perlukan protein..kekurangan protein boleh menyebabkan:

*kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit
*masalah lebihan air dalam yang tinggi dalam badan
*kehilangan kepejalan otot
*perubahan warna rambut
*bantut pertumbuhan
*masalah peghadaman
*masalah penghasilan darah dan hormon

ESP dari Shaklee dihasilkan daripada non GMO( genetically modified organism) yang mana kacang soya  diproses dalam suhu yang rendah. 1 canister ESP ni mengandungi 850 gram dihasilkan daripada 30 kg kacang soya!!





dalam ESP ada 9 amino asid yang tak dapat dihasilkan dalam tubuh badan manusia..ia jugak ada 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral..satu hidangan ESP ni bersamaan dengan 2 kali hidangan DAGING, 4 kali ganda TELUR, 12 kali ganda SUSU, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap dalam tubuh badan..

manfaat yang akan dapat bila consume ESP:

# awet muda
# baik untuk hormon
# baik untuk prostat
# membantu membaiki tisu kulit
# membekal tenaga segera
# meningkatkan sistem imun
# membaiki pigmentasi
# meningkatkan kualiti memori





ada rasa teringin tak nak cuba ESP??
kalau nak,bley hubungi dila untuk konsultansi percuma :)




Sunday 23 February 2014

Resepi enak menggunakan ESP :)

assalamualaikum :)

selamat menghabiskan hujung minggu..hehe..dila taktau la dekat tempat lain macam mana, tapi di Changlun ni,ya amat lah panas..kalau takda sebab nak kuar umah pergi office, mmg tak keluar umah la dila..panasnya terik sangat..memang kena minum banyak air..sebab suhu dekat luar tu dah nak sama dengan suhu badan, jadi badan cepat terhidrat..bahaya jugak kalau kurang air ya!

untuk post kali ni, dila nak share resepi enak yang boleh digunakan untuk bancuhan bersama ESP ni...setakat dila dok consume, my favourite ialah ESP + Milo + Nestum..memang yummilicious tau..hee

rasanya lemak lemak berkrim gitu..tambahan nestum tu buat kita lebih kenyang..kadang kadang dila campur jugak dengan oat..rasanya lebih kurang cuma oat lagi banyak serat nya..hee..ESP shake ni dila bancuh guna air sejuk..klu nak guna air suam pun boleh, cuma jangan guna air panas..protein akan denature pada suhu tinggi..

so ini resepi ESP shake yang boleh dicuba:

# ESP + air suam/air sejuk

# ESP + jus buah-buahan

# ESP + fresh milk

# ESP + Ribena/Sunquick/Sirap

# ESP + minuman yogurt

# ESP + Horlicks

# ESP  +Mealshakes/Cinch/Performance drink


p/s: ESP ni boleh diambil sebanyak 3 sudu BESAR sehari..kalau lebih, ia akan membebankan buah
       pinggang

p/ss: kalau nak ambil ESP ni pagi dan malam, eloknya pagi 2 sudu BESAR, malam 1 sudu BESAR

p/sss: ESP ni elok diambil waktu perut tengah kosong

p/ssss: ESP ni lebih baik di"shake" untuk larutkannya..sebab kita guna air sejuk/suam kan :)


terliur dengan resipi ESP ni??
nak tau dengan lebih lanjut boleh hubungi dila di:




Thursday 20 February 2014

Tips kulit bersih tanpa cela :)

Asaalamualaikum :)

siapa tak nak kulit gebu, bersih tanpa parut jerawat dan sentiasa glowing kan? banyak sebab kenapa kita mendapat kulit yang kurang sihat..antaranya, faktor pemakanan, persekitaran dan habit kita..untuk entry kali ni, dila nak kongsi vitamins yang dapat kita amalkan untuk mendapat kulit yang bersih tanpa cela dan sihat..

Vitamin A
* mengurangkan penghasilan sebum yang berlebihan
* dalam keadaan normal, sebum melindungi kulit daripada bakteria, tapi kalau penghasilan yang
   berlebihan, ia akan menghasilkan muka berminyak dan berjerawat

Vitamin C
*antioksidan yang hebat! jadi ia akan mempertingkatkan sistem imun
* menggalakkan pengeluaran kolagen
* membantu mencantikkan kulit

Vitamin B
*antioksida yang bagus untuk kulit
* "flush out" bakteria dan membantu penghasilan sel kulit baru

Zink
* mengawal kelenjar minyak
* memperbaiki radang kulit seperti jerawat
* membantu pembentukan protin dan kolagen untuk pertumbuhan kulit yang sihat

Asid lemak omega 3
* mengurangkan keradangan kulit
* meningkatkan kelembapan kulit
* mengimbang hormon wanita yang menyebabkan PMS
* membantu menghasilkan kulit licin dan kemerah merahan


semua vitamin yang tersenarai tu ada dalam produk Shaklee..boleh buat pilihan berdasarkan tahap kulit masing masing ya..selain daripada tu, JANGAN LUPA MINUM AIR!!


nak tau keterangan lebih lanjut dan free consultation, boleh hubungi dila di:



Saturday 15 February 2014

kulit gebu dan berseri dengan ESP :)

assalamualaikum semua :)

pernah dengar pasal ESP dari Shaklee..rasanya ramai yang dah tau..hee..dila consume ESP ni dah dekat 6 bulan..alhamdulillah serasi..dulu dila pernah jugak try beberapa minuman protein yang lain,tap tak berapa memberi kesan..ye la,kesan untuk setiap orang kan berbeza..hee







ni dia ESP dari Shaklee..dila mmg jatuh cinta abes ni ESP nih..selalunya dila shake kan dia dgn milo plus nestum waktu perut betul betul kosong..kiranya, awal pagi sebelum pergi kerja..so far, dila boleh bertahan hingga 4-5 jam sebelum makan tengah hari..so, dila boleh la elak untuk makan nasi lemak atau roti canai pada waktu pagi..hehe sejak dila guna ESP ni, kulit muka makin baik..dulu dila pnya muka penuh jerawat dan parut parutnya..sekarang kulit pun lebih gebu dan nampak bermaya..

ESP ni merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan..secara tak lansung, ia rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting..setiap hidangan mengandungi 14 gram protein dan 500 gram kalsium..untuk pengetahuan, protein ni membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur..selain itu, ia membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat :)

ESP ni mempunyai indeks glisemik yang rendah..tahap glisemik indeks yang rendah melepaskan gula ke dalam sistem secara perlahan..oleh itu, ia amat penting bagi mengurangkan berat badan dan kesihatan dalam jangka masa yang panjang..

ni dila nak bagi dila punya testimoni :)


gambar yang BEFORE tu, siap pakai foundation tebal nak tutup parut, last last dgn camera, nampak jugak..yang AFTER ni, tanpa foundation..walaupun parut masih ada, tapi tak seteruk dulu..jerawat ada sebulan sekali ja..kalau dulu,ada masanya naik sampai 3-4 biji sekali..oh nightmare!!! tapi dila jugak consume vit C dan alfalfa Shaklee tau..

untuk pertanyaan lanjut:

Facebook: Adila Ramlee
sms/call : 013-4138747
email: noradilaramlee@gmail.com

Thursday 13 February 2014

kelebihan minum air kosong :)

memandangkan cuaca yang agak panas di Malaysia, memang patut sangat untuk kita minum air kosong dengan secukupnya..seperti yang semua tahu, air meliputi hampir 71% muka bumi..seluruh hidupan memerlukan air untuk hidup..

kita perlu kekal hydrate untuk memastikan tiada kesan negatif kepada otak kita dan jugak aktiviti harian kita..air sangat penting untuk proses:

* penghadaman
* metabolisma
* tenaga


keperluan air bagi setiap individu berbeza ya..ia akan bergantung kepada:

* suhu persekitaran
   cuaca yang panas menyebabkan kita berpeluh dan badan kekurangan air..

* umur
   pengambilan air berbeza bg peringkat umur..bayi kurang digalakkan minum air kosong, ia leebih   
   kepada susu ibu

* aktiviti harian
   pekerjaan yang melibatkan pendedahan oleh matahari patut minum lebih air berbanding dengan
   pekerjaan di dalam pejabat..air kosong juga membekalkan oksigen kepada otak,jadi kita akan
   kurang mengantuk ketika sedang berkerja..

* ubat ubatan/suplemen yang diambil
   bagi individu yang mengambil ubat ubatan atau suplemen, perlu minum air dengan kadar yang
   cukup untuk mempercepatkan proses larutan..selain itu, ia jugak akan memudahkan pemprosesan
   di dalam buah pinggan.. 


kelebihan minum air kosong:

* menguruskan badan
* melembapkan kulit
* mengurangkan keletihan
* melancarkan sistem pencernaan

dila tau ramai akan mengeluh, macam mana nak minum air dengan cukup..utk pengetahuan, setiap 25 kg berat badan kita, perlukan 1 Liter air ataupun kita boleh minum 3 L air sehari..hehe..kalau minum air lebih pun tak boleh jugak..nnt jadi "gemuk air"..dila selalu minum 1 L waktu pagi, 1 L waktu petang dan 1 L waktu malam..alhamdulillah,waktu awal awal tu,susah jugak nak maintain, tapi lama lama ok ja..

dila ada cara nak bagi semua suka minum air kosong :)

1) minum segelas waktu bangun pagi
2) minum segelas sebelum sarapan
3) minum segelas selepas makan ubat/suplemen
4) minum segelas sebelum makan tgh hari
5) minum segelas selepas makan tgh hari
6) minum segelas waktu minum petang
7) minum segelas sebelum makan malam
8) minum segelas selepas makan malam
9) minum segelas selepas makan ubat/suplemen
10) minum segelas sebelum tidur

haaa nampak tak,dah 10 gelas sehari!! dah lebih dari yang disarankan 8 gelas sehari..tapi ingat ya, selepas makan ubat dan suplemen, kena minum banyak air :)


untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi dila di:

Facebook: Adila Ramlee
sms/call : 013-4138747
email: noradilaramlee@gmail.com

Saturday 8 February 2014

Vita- Lea - multi vitamin pertama dari Shaklee

Assalamualaikum :)

harap semua yang jenguk blog ni sihat dan dirahmati Allah, insyaallah..
untuk post kali ni, dila nak fokus untuk VITA-LEA sebab bulan Februari ni Promotion besar-besaran!!

untuk yang nak tahu, VITA-LEA ni multivitamin dan mineral pertama yang tercipta..wahh!!
terdapat 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin, dan 7 mineral penting terkandung dalam setiap tablet VITA-LEA ni..nutrisi ni diekstrak dr buah buahan dan sayur sayuran..so sapa yang tak suka makna buah dan sayur tu, tak perlu risau lagi..cuma telan sebiji tablet setiap hari..hehe

nampak tak dekat botol tu, tablet nya berwarna hijau..nak tau kenapa? tablet VITA-LEA disalut spirulina..so dapat lagi tambahan nutrisi kat situ..hee..menurut kajian, tablet ini paling pantas larut dalam air dan tubuh badan kita..

ujian klinikal yang dibuat menyatakan bahawa jika VITA-LEA ni diambil secara konsisten selama setahun, risiko jatuh sakit akan kurang sebanyak 65%..

Kelebihan VITA-LEA

~penambahan tenaga segera
   *kandungan nutrisi akan memberi tenaga bagi otak lebih cerdas dan badan lebih cergas..ia juga
     akan mengurangkan rasa mengantuk :)

~pelengkap nutrisi
  * mengandungi vitamin A, B, C, D, E, acid folic, kalsium, zat besi dan banyak lagi..

~keupayaan sistem produktif
  * baik untuk tumbesaran kanak kanak dan remaja

~meningkatkan kadar metabolisma badan
  * sangat membantu dalam simulasi metabolisma dan mengurangkan proses penuaan

~elemen penting pada sel tubuh
  * menjadi asas nutrisi bagi menggalakkan pembesaran dan pertumbuhan sel sel baru

~melindungi organ
  *melindungi fungsi buah pinggang, hati dan jantung


untuk keterangan lebih lanjut,

sms/call : 013-4138747
PM fb : Adila Ramlee
email: noradilaramlee@gmail.com

So Natural, So Shaklee :)

Sunday 2 February 2014

Sijil HALAL untuk produk Shaklee

bagi dila,setiap kali nak beli barang,mesti tgk dulu label HALAL di produk yang nak dibeli tu..ye la,sebab takut nanti kita was was kan..hehe..dulu waktu mula mula consume Shaklee, masa tu belum jadi ahli lagi..so belek2 la botol tu nak cari tanda halal,tp takda..jadi, dila ada search sket pasal status halal produk ni..


 tadda..ni yang dila jumpa di blog..produk Shaklee HALAL ya..so,bagi sesiapa yang nak guna produk Shaklee,jangan ragu ragu..disebabkan produk ni dihasilkan di Amerika, jadi dia xda la logo HALAL JAKIM macam produk yang ada dekat Malaysia nih..

lagi satu, bagi yang tinggal atau nak pergi ke luar negara atau nak beli barang dari luar,dan nak tau status HALAL bagi barang yang kita nak beli, bely klik di link ni ya :)

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/en/list-of-approved-islamic-bodies

semoga berjumpa lagi :)

Saya adalah pengedar sah Shaklee (ID 1097742) di area Changlun, Jitra dan Bukit Kayu Hitam, Kedah
Facebook: Adila Ramlee
Email: noradilaramlee@gmail.com
whatsapp/sms/call : 013-4138747


bagi yang diluar kawasan COD dila, jangan risau..barang barang masih boleh dihantar melalui Pos Laju/Skynet

Saturday 1 February 2014

Assalamualaikum :)

Akhirnya dengan usaha,dapat jugak hasilkan blog ni..hee insyaallah blog ini akan dipenuhi dengan produk kesihatan Shaklee dan juga tips tips kesihatan yang sesuai dengan pembaca terutamanya wanita :)



Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID 1097742) di area Changlun, Jitra dan Bukit Kayu Hitam, Kedah
Jika anda perlukan produk suplemen semulajadi bagi masalah KULIT, RESDUNG, KESUBURAN, PENGHADAMAN, DETOX, DIABETES, BERAT BADAN BERLEBIHAN, KEKURANGAN BERAT BADAN, IBU MENGANDUNG, PENYUSUAN BAYI,  dan sebagainya anda boleh hubungi saya melalui:


Facebook: Adila Ramlee
Email: noradilaramlee@gmail.com
whatsapp/sms/call : 013-4138747