Monday 7 April 2014

Lindungi kulit daripada radikal bebas dengan Vita-E Complex Shaklee :)

Assalamualaikum :)

Setiap hari kulit kita terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran dan habuk..sinaran matahari yang terik juga boleh menyebabkan berlakunya iritasi kepada kulit dan boleh menyebabkan kulit mengalami kesan terbakar atau dipanggil "sunburn"..akibat terlalu terdedah kepada pencemaran, ia akan menyumbang kepada peghasilan radikal bebas..kita boleh lindungi kulit daripada radikal bebas dengan Vita-E Complex Shaklee..nak tau macam mana cara nak lindungi kulit daripada radikal bebas dengan Vita-E Complex Shaklee? dila akan bagitau nanti..tapi bagi dila elaborate dulu ya apa itu radikal bebas..




Radikal bebas adalah atom atau kumpulan atom dengan nombor ganjil (berpasangan) elektron dan boleh terbentuk apabila oksigen berinteraksi dengan molekul tertentu. Sebaik sahaja dibentuk, radikal sangat reaktif boleh memulakan tindak balas rantai, seperti domino..mereka akan bertindak balas dengan komponen sel penting seperti DNA, atau membran sel..sel boleh berfungsi dengan baik atau mati jika ini berlaku. Untuk mengelakkan kerosakan radikal bebas badanperlu mempunyai sistem pertahana iaitu antioksida..


Antioksidan adalah bahan kimia yang berinteraksi dan dapat meneutralkan radikal bebas, sekali gus menghalang mereka daripada menyebabkan kerosakan kepada sel badan kita..antioksidan juga dikenali sebagai "pemburu radikal bebas."

Badan kita boleh menghasilkan antioksidan untuk meneutralkan radikal bebas..antioksidan ini dipanggil antioksidan endogen..walau bagaimanapun, badan juga bergantung kepada sumber luaran, terutamanya daripada pemakanan kita..antioksidan luaran biasanya dipanggil antioksidan pemakanan. Buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin adalah sumber yang kaya dengan antioksidan pemakanan. Beberapa antioksidan pemakanan juga boleh didapati dalam suplemen yang kita ambil..sebagai contoh ialah Vitamin E..


Vitamin E adalah antioksidan yang boleh membantu melindungi sel-sel daripada rosak akibat radikal bebas..ia merupakan nutrien penting wujud secara semula jadi dalam banyak makanan, boleh didapati sebagai diet tambahan, dan kadang-kadang ditambah kepada makanan diproses. Vitamin E adalah larut lemak..vitamin E telah terbukti dapat menembusi lapisan kulit dan mengurangkan pembentukan radikal bebas yang boleh mengganggu penyembuhan luka atau parut pada kulit..vitamin E juga mempengaruhi pengeluaran kolagen yang bertanggungjawab untuk memberi kekuatan dan menganjalkan kulit..vitamin E dapat mengembalikan kelembapan kulit dan secara tidak lansung melambatkan kesan penuaan pada kulit kita..

Vita-E Complex Shaklee turut mengandungi selenium dan ekstrak biji anggur..setiap hari kita perlu mengambil vita-E lebih kurang 200 - 1200 IU vitamin E..1 kapsul Vita-E Complex Shaklee mengandungi 400IU..jadi, anda boleh mengambil 1-2 kapsul sehari..maknyanya 1 botol boleh bertahan 2-4 bulan mengikut tahap keperluan vitamin anda..

jom dapatkan vitamin antioksida ni!! boleh hubungi dila ok :)




No comments:

Post a Comment