Sunday 6 April 2014

Kelebihan Vitamin C :)

Assalamualaikum :)

Hari ni dila nak cerita pasal kelebihan vitamin C..kenapa perlu sangat ambil vitamin C ni? Vitamin C adalah vitamin larut air, yang bermaksud bahawa badan kita tidak menyimpan atau menghasilkannya..Kita perlu dapatkan vitamin C ni dari sumber makanan termasuk buah-buahan sitrus , brokoli, dan tomato.

Kita memerlukan vitamin C untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua bahagian badan kita..Ia membantu badan untuk menghasilkan kolagen iaitu protin penting yang digunakan untuk membaiki kulit , tulang rawan , tendon, ligamen, dan saluran darah. Vitamin C diperlukan untuk penyembuhan luka, dan untuk membaiki dan mengekalkan jisim tulang dan gigi..
Seperti yang kita tau,vitamin C adalah antioksidan, bersama-sama dengan vitamin E, beta -carotene, dan banyak nutrien berasaskan tumbuhan lain. Antioksidan akan menghalang beberapa kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas,bahan-bahan yang merosakkan DNA. Pengumpulan radikal bebas dari masa ke masa boleh menyumbang kepada proses penuaan dan menggalakkan penyakit seperti kanser, penyakit jantung, dan artritis..

Tanda-tanda kekurangan vitamin C termasukla rambut kering dan bercabang, gingivitis (radang gusi ) dan gusi berdarah, kulit kasar, kering dan bersisik, luka lambat sembuh, mudah lebam, hidung berdarah dan mudah mendapat penyakit. Kekurangan vitamin C juga boleh menyebabkan penyakit skurvi..
Kekurangan vitamin C juga boleh menyebabkan penyakit termasuk tekanan darah tinggi, penyakit pundi hempedu , strok, beberapa jenis kanser, dan aterosklerosis, penghasilan plak dalam saluran darah yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.

Risiko penyakit penyakit di atas dapat dikurangkan jika banyak mengambil buah buahan dan sayur sayuran di dalam menu makanan kita seharian..tetapi tiada bukti muktamad yang mengatakan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengelakkan anda dari terkena penyakit penyakit seperti di atas. jadi lebih baik la kita mencegah dari mengubati kan?
Shaklee pun ada sustained-released vita C yang mampu memberi keperluan vitamin C yang ada perlukan..kelebihan SR Vita-C ni ialah ia membekalkan keperluan vitamin C secara berterusan selama 5 jam..maknanya setiap sejam ia akan release vitamin C di dalam badan kita..so takda la rugi  makan vitamin C ni :)


dila boleh bagi cara nak makan vitamin C ni dengan betul..so contact dila ok!


No comments:

Post a Comment