Sunday 6 April 2014

Adakah kalsium penting untuk kesihatan kita?

Assalamualaikum :)

Memandangkan bulan ni bulan Ostematrix, so dila nak cakap banyak pasal Ostematrix dan kalsium..Adakah kalsium penting untuk kita?? memang penting!! nak tau kenapa? mineral yang paling banyak dalam badan kita ialah kalsium..lagipun kebanyakan kalsium ada dalam tulang dan gigi kita..kita mesti nak tulang dan gigi yang sihat kan? mestila..nak bergerak pun kena gerakkan tulang..kalau tulang patah atau retak, sakitnya ya ampun..walaupun dila tak pernah rasa sakit tu, tp dari pengalaman orang sekeliling, dorang memang kata sakit sangat..huhu

Para saintis telah mengkaji bagaimana kalsium memberi kesan kepada kesihatan kita..ada beberapa contoh daripada kajian yang telah dibuat:
 
Kesihatan tulang dan osteoporosis 
Tulang kita memerlukan banyak kalsium dan vitamin D..jisim tulang berkembang pada tahap paling maksimum sehingga umur 28 tahun..selepas itu,tulang akan perlahan-lahan kehilangan kalsium .. kita boleh kurangkan kehilangan kalsium dengan mendapatkan jumlah kalsium yang disyorkan kepada kita dalam sehari..kita juga perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif..

Osteoporosis adalah penyakit tulang di kalangan orang dewasa yang lebih tua (terutamanya wanita) di mana tulang menjadi berliang, rapuh, dan lebih terdedah kepada keretakan..osteoporosis adalah masalah kesihatan yang serius kepada lebih 10 juta orang dewasa yang berumur lebih 50 tahun di Amerika Syarikat..pengambilan kalsium dan vitamin D yang mencukupi serta senaman yang kerap adalah penting untuk memastikan tulang yang sihat sepanjang hayat..


Penyakit Kardiovaskular
Kesan kalsium kepada risiko penyakit kardiovaskular masih tidak jelas. Beberapa kajian menunjukkan bahawa mendapat kalsium yang mencukupi mungkin dapat melindungi kita daripada penyakit jantung dan strok..tetapi kajian lain menunjukkan bahawa sesetengah orang yang mengambil jumlah kalsium yang tinggi atau berlebihan,terutamanya diambil daripada makanan tambahan , mungkin mempunyai peningkatan risiko penyakit jantung..amat penting bagi kita untuk mengambil jumlah kalsium yang bersesuaian dengan umur kita..
 
Tekanan darah tinggi
Beberapa kajian telah mendapati bahawa mengambil kalsium seperti yang disyorkan boleh mengurangkan risiko mendapat tekanan darah tinggi (hipertensi)..satu kajian mendapati bahawa makan makanan "high in fat-free" dan "low fat dairy", sayur-sayuran, dan buah-buahan boleh menurunkan tekanan darah.

Batu karang 
Batu karang kaya dengan kalsium oxalate..beberapa kajian telah mendapati bahawa pengambilan kalsium yang tinggi dari makanan tambahan boleh dikaitkan dengan risiko yang lebih besar kepada penyakit batu karang, terutamanya di kalangan orang dewasa yang lebih tua..tetapi kalsium sendiri tidak akan menyebabkan batu karang..bagi kebanyakan orang, faktor-faktor lain (seperti tidak minum air yang secukupnya ) mungkin mempunyai kesan yang lebih besar pada risiko batu karang daripada pengambilan kalsium.

Berat badan 
Walaupun beberapa kajian telah menunjukkan bahawa kalsium dapat membantu mendapatkan berat badan yang lebih rendah atau mengurangkan berat badan dari masa ke masa..kajian juga mendapati bahawa orang yang minum susu lebih lansing berbanding mereka yang tidak mengambil susu lansung :)

semoga semua dapat ilmu yang bermanfaat :)


No comments:

Post a Comment