memandangkan cuaca yang agak panas di Malaysia, memang patut sangat untuk kita minum air kosong dengan secukupnya..seperti yang semua tahu, air meliputi hampir 71% muka bumi..seluruh hidupan memerlukan air untuk hidup..
kita perlu kekal hydrate untuk memastikan tiada kesan negatif kepada otak kita dan jugak aktiviti harian kita..air sangat penting untuk proses:
* penghadaman
* metabolisma
* tenaga
keperluan air bagi setiap individu berbeza ya..ia akan bergantung kepada:
* suhu persekitaran
cuaca yang panas menyebabkan kita berpeluh dan badan kekurangan air..
* umur
pengambilan air berbeza bg peringkat umur..bayi kurang digalakkan minum air kosong, ia leebih
kepada susu ibu
* aktiviti harian
pekerjaan yang melibatkan pendedahan oleh matahari patut minum lebih air berbanding dengan
pekerjaan di dalam pejabat..air kosong juga membekalkan oksigen kepada otak,jadi kita akan
kurang mengantuk ketika sedang berkerja..
* ubat ubatan/suplemen yang diambil
bagi individu yang mengambil ubat ubatan atau suplemen, perlu minum air dengan kadar yang
cukup untuk mempercepatkan proses larutan..selain itu, ia jugak akan memudahkan pemprosesan
di dalam buah pinggan..
kelebihan minum air kosong:
* menguruskan badan
* melembapkan kulit
* mengurangkan keletihan
* melancarkan sistem pencernaan
dila tau ramai akan mengeluh, macam mana nak minum air dengan cukup..utk pengetahuan, setiap 25 kg berat badan kita, perlukan 1 Liter air ataupun kita boleh minum 3 L air sehari..hehe..kalau minum air lebih pun tak boleh jugak..nnt jadi "gemuk air"..dila selalu minum 1 L waktu pagi, 1 L waktu petang dan 1 L waktu malam..alhamdulillah,waktu awal awal tu,susah jugak nak maintain, tapi lama lama ok ja..
dila ada cara nak bagi semua suka minum air kosong :)
1) minum segelas waktu bangun pagi
2) minum segelas sebelum sarapan
3) minum segelas selepas makan ubat/suplemen
4) minum segelas sebelum makan tgh hari
5) minum segelas selepas makan tgh hari
6) minum segelas waktu minum petang
7) minum segelas sebelum makan malam
8) minum segelas selepas makan malam
9) minum segelas selepas makan ubat/suplemen
10) minum segelas sebelum tidur
haaa nampak tak,dah 10 gelas sehari!! dah lebih dari yang disarankan 8 gelas sehari..tapi ingat ya, selepas makan ubat dan suplemen, kena minum banyak air :)
untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi dila di:
Facebook: Adila Ramlee
sms/call : 013-4138747
email: noradilaramlee@gmail.com
No comments:
Post a Comment